Program Interaksi Qalbu Pelajar Sekolah
Program Interaksi Qalbu Pelajar Sekolah Pengurusan Akademi September 20, 2023...
Akademi Al Ghazali Bandar Baru Nilai
Selamat datang ke laman web rasmi Akademi Al Ghazali, sebuah pusat pembelajaran tauhid, fekah, tasawwur, kemahiran dan keusahawanan yang beroperasi tidak berasaskan keuntungan.
Kami menyediakan 3 pengajian utama untuk setiap penuntut Akademi Al Ghazali. Pengajian ini disediakan untuk pelajar berumur 13 – 17 tahun.
9 semester
8 semester
6 semester
Akademi Al Ghazali dibangunkan atas tujuan untuk memberi solusi dan alternatif kepada masyarakat bagi mendapatkan pendidikan yang komprehensif dan seimbang merangkumi aspek spiritual, emosional, intelektual dan fizikal.
Berdiri di atas nilai kebajikan, sekolah ini juga turut menyediakan ruang dan kuota buat pelajar-pelajar asnaf yang tidak berkemampuan dari sudut kewangan.
Yuran pembelajaran pelajar di sekolah ini adalah ditampung melalui hibbah/yuran, dari ibubapa, infaq dan juga zakat.
Kami turut menyediakan servis dan perkhidmatan untuk kelangsungan akademi kami. Kesemua warga akademik, pengurusan dan pelajar akan melibatkan diri dalam setiap servis dan perkhidmatan ini mengikut kepakaran masing-masing.
Inilah barisan antara barisan tenaga pengajar Akademi Al Ghazali yang sentiasa komited untuk membantu dan membimbing penuntut-penuntut kami.
Kami menyediakan kemudahan yang kondusif untuk pelajar termasuk bilik kuliah, dewan, dewan makan, bilik guru, bilik mesyuarat, asrama dan lain-lain.
Kesemua bilik kuliah untuk pelajar dilengkapi dengan penghawa dingin, kerusi dan meja pelajar bagi membolehkan mereka selesa dan fokus ketika menuntut ilmu.
Asrama disediakan untuk lelaki dan perempuan yang berhampiran dengan Akademi al Ghazali.
Kegiatan dan aktiviti pelajar dilaksanakan di dalam dewan yang selesa dilengkapi dengan sistem siaraya yang lengkap dan LCD.
Lihat dan baca apa yang dikatakan oleh para pelajar Akademi Al Ghazali terdahulu.
Saya dapat macam-macam pengetahuan di sini antaranya ilmu adab, ilmu tentang kehidupan, media dan lain-lain.
Shah Alam
16 TAHUN
Jika saya memasuki sekolah lain, pemikiran saya tidak akan pergi jauh berbanding di sini. Saya belajar untuk menyakinkan diri saya dan bukannya ilmu agama semata-mata di sini.
Ampang, Selangor
15 TAHUN
Belajar di sini merasa diri semakin selamat dengan pengaruh di dunia luar dan menjadikan saya lebih ingat kepada Allah.
K. Terengganu
16 TAHUN
Program Interaksi Qalbu Pelajar Sekolah Pengurusan Akademi September 20, 2023...
Majlis Kesyukuran MQA Cyberjaya Pengurusan Akademi September 21, 2023 Uncategorized...
Tarian Sema Kota Sufi Senusantara Pengurusan Akademi September 21, 2023...
PT12887-A, JALAN BBN 1/7D, PUTRA INDAH FASA 3B, BANDAR BARU NILAI, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN.
alghazaliacademy9@gmail.com
Mobile : (+60) 010-455 8156 / (+60) 013-9363645
Akademi Al Ghazali mengalu-alukan muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menjadi warga akademi kami. Anda turut boleh melakukan sumbangan untuk menampung kos dan kelangsungan operasi kami dari semasa ke semasa.