EJEN KUTIPAN ZAKAT

خُذْ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ صَدَقَةًۭ تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌۭ لَّهُمْ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

AT-TAUBAH : 103

AKADEMI AL-GHAZALI SDN BHD (AAG) telah dilantik sebagai Ejen Kutipan Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) pada bulan Januari 2018.

Dengan lantikan tersebut, pihak AAG dibenarkan untuk membuat Kutipan Zakat Harta dari umat Islam di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (MAIS).  Zakat Harta adalah merangkumi :

  1. Zakat Pendapatan
  2. Zakat Perniagaan
  3. Zakat Wang Simpanan
  4. Zakat Emas & Perak
  5. Zakat Pelaburan
  6. Zakat KWSP
  7. Zakat Takaful

AAG juga turut menyediakan khidmat Taksiran Zakat Harta kepada individu mahupun syarikat yang berhasrat untuk membuat taksiran zakat harta.

Logo Akademi Al-Ghazali SDN BHD

BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE

BAYAR ZAKAT SECARA MANUAL

KHIDMAT TAKSIR ZAKAT HARTA

PANDUAN

BAYARAN ONLINE

  • Sila pilih Jenis Zakat & Tahun Haul serta nyatakan Jumlah Bayaran Zakat
  • Sila lengkapkan butiran peribadi/syarikat di Borang Bayaran Zakat. Sila pastikan semua maklumat adalah Betul & Tepat
  • Klik butang BAYAR ZAKAT untuk meneruskan proses bayaran secara online (FPX). Sila ikuti langkah pembayaran seterusnya.
  • Dato/Tuan/Puan akan menerima email pengesahan bayaran sekiranya proses pembayaran online adalah berjaya.
  • Pihak kami akan memproses bayaran zakat Dato/Tuan/Puan selepas membuat pengesahan bayaran.
  • Slip Bayaran Zakat Resmi akan diemail ke alamat email yang didaftarkan di dalam Borang Bayaran Zakat.
  • Sebarang persoalan berkaitan Bayaran Zakat Online, sila hubungi talian 011-58 8282 92.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

PANDUAN

BAYARAN MANUAL

  • Sila lengkapkan butiran di Borang Bayaran Zakat
  • Sila pilih Jenis Zakat, Tahun Haul & Jumlah Bayaran Zakat
  • Bayaran secara Tunai menggunakan Mesin Deposit Tunai (CDM) hendaklah dibuat ke akaun LEMBAGA ZAKAT SELANGOR bernombor 5505 1011 0762 (Maybank Islamic)
  • Bayaran menggunakan Cek pula hendaklah dibuat atas nama LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
  • Sila nyatakan Tarikh Bayaran & muatnaik (upload) Slip/Bukti Bayara. Klik butang BAYAR ZAKAT untuk meneruskan bayaran.
  • Pihak kami akan memproses bayaran zakat Dato/Tuan/Puan selepas membuat pengesahan bayaran.​
  • Slip Bayaran Zakat Resmi akan diemail ke alamat email yang didaftarkan di dalam Borang Bayaran Zakat.
  • BUTIRAN BAYARAN

    Sila nyatakan Tarikh Bayaran dan Muatnaik (Upload) Slip/Bukti Bayaran
  • Date Format: DD slash MM slash YYYY
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Berminat utk dapatkan info lanjut?

Jika anda berminat utk mendapatkan khidmat AAG ataupun ingin menjalinkan usahasama, sila klik butang DAPATKAN INFO sekarang. Tim kami akan menghubungi anda semula pada kadar segera

Scroll to Top