MUSLIM LEGACY PLAN

Muslim Legacy Plan (MLP) adalah gabungan lapan (8) aspek terpenting di dalam pengurusan harta warisan umat Islam iaitu Faraid, Wasiat, Hibah, Pusaka, Harta Sepencarian, Takaful, Sedekah dan Amal Jariah.

Dalam ertikata lain, Akademi Al-Ghazali Sdn Bhd menawarkan empat (4) jenis perkhidmatan bagi memenuhi keperluan umat Islam masakini iaitu :

  • Talk Show Muslim Legacy Plan
  • Bengkel Faraid & Pusaka
  • Konsultasi & Rundingcara
  • Penulisan Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka

TALK SHOW

Siri video rancangan bual bicara di media elektronik

KURSUS / SEMINAR

Sedutan rakaman siri Kursus Mahir Faraid kendalian
Ustaz Ghazali Ibrahim. Kursus ini terbuka kepada mana-mana organisasi & pertubuhan yang berminat

KONSULTASI & PENULISAN
SURAT WASIAT

APAKAH SURAT WASIAT PENTADBIRAN PUSAKA?

Ia adalah dokumen undang-undang penting yang menentukan pengagihan harta pusaka selepas kita meninggal dunia. Dengan ertikata lain, Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka bermaksud dokumen penyelesai pusaka berbentuk pengamanahan kepada Wasi (pentadbir) untuk menyempurnakan segala hasrat kita (pewaris) selama mana ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak. Di dalamnya tercatat butiran  berikut :

❂ Nama Wasi seperti Suami, Isteri ataupun AmanahRaya Berhad
❂ Arahan kepada Wasi seperti mengumpulkan harta, melunaskan hutang & mengagihkan pusaka kepada waris mengikut hasrat ataupun Faraid
❂ Senarai waris yang berhak
❂ Senarai harta
❂ Senarai hutang
❂ Hasrat & pesanan-pesanan

Dalam konteks pentadbiran pusaka Islam di Malaysia, Surat Wasiat boleh disamakan dengan Wasiat Pentadbiran Pusaka yang boleh digunakan untuk memperoleh Surat Kuasa Probet di Mahkamah Tinggi atau di Pejabat Pusaka Kecil. Ini menjadikan proses agihan pusaka lebih cepat dan mudah.

APAKAH KELEBIHAN MEMBUAT SURAT WASIAT PENTADBIRAN PUSAKA?

❂ Mempercepatkan proses surat kuasa pusaka
❂ Mempercepat proses pengagihan harta pusakatanpa perlu menghadapi rintangan birokrasi
❂ Memastikan harta kita diagihkan kepada waris yang berhak mengikut hasrat kita
❂ Melindungi kebajikan serta masa hadapan waris tersayang
❂ Memastikan segala hutang piutang kita dilunaskan
❂ Memastikan amal jariah kita dilaksanakan
❂ Mengelakkan persengketaan sesama ahli waris

Berminat utk dapatkan info lanjut?

Jika anda berminat utk mendapatkan khidmat AAG ataupun ingin menjalinkan usahasama, sila klik butang DAPATKAN INFO sekarang. Tim kami akan menghubungi anda semula pada kadar segera

Scroll to Top