PASUKAN AAG

USTAZ HJ. MD GHAZALI IBRAHIM

Pengarah Urusan / Perunding Utama

HAJJAH NORLAILI

Komunikasi Korporat

BAIHAQI HASANUDDIN

Kewangan & Akaun

HJ. SHAMSUDDIN OSMAN

Pengurus Operasi

Rizal Shah

RIZAL SHAH

Teknologi Maklumat

JAMALUDDIN FADZIL

Pengurusan Pejabat

SHARIFAH NOR ZUBAIDAH

Pengurusan Operasi

SITI NUR AISYAH

Kewangan & Pemasaran

SITI NUR ZUBAIDAH

Pentadbiran

PERUNDING PROFESIONAL

Ustaz Md Ghazali Ibrahim adalah anak kelahiran Klang, Selangor Darul Ehsan. Beliau merupakan pelajar lulusan Ijazah Syariah (BA) di University For Islamic Studies, Baghdad, Iraq.

Beliau juga adalah bekas pelajar Pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab di Maahad Syubro & Maahad Buuth, Kaherah, Mesir selain bekas pelajar tahfiz Al-Quran di Jamiah Islamiah Cliffon, Karachi, Pakistan.

Beliau berpengalaman sebagai Perunding Pusaka di Tetuan Jamilah Radzi & Co (2005-2006), Eksekutif Dakwah di Pusat Zakat Selangor (MAIS) (2002-2004), Fasilitator dan Motivator di Fitrah Perkasa Sdn Bhd (2001) juga sebagai Perunding Hukum Syarak di Pusat Zakat Selangor (MAIS) (1999-2000).

Beliau berpengalaman lebih 7 tahun di dalam bidang Faraid & Pusaka. Beliau telah berjaya melatih lebih 600 orang Perunding Pusaka dari serata tanahair. Selain itu, Ustaz Md Ghazali juga telah menyiapkan lebih 1,500 Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka selain menyampaikan ilmu berkaitan Farid & Pusaka menerusi medium ceramah, seminar, kursus dan bengkel. 

Beliau juga sudah tidak asing di kalangan penonton siri-siri ceramah, kuliah dan motivasi keagamaan di media massa. Beliau sering dijemput sebagai penceramah di program tv seperti siri Raudhah (TV9), Al-Kuliyyah (TV Al-Hijrah), Dikir Zikir (TV Al-Hijrah), Alhamdulillah (Astro Oasis)  dan pelbagai lagi siri keagamaan lain.

Tuan Haji Shamsul Baharin dilahirkan di Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau merupakan pelajar lulusan Ijazah di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Indiana State University, Amerika Syarikat. Beliau juga adalah seorang Certified Credit Practice dari Institut Bank-Bank Malaysia

Beliau berpengalaman sebagai Eksekutif & Trainer  di Kwong Yik Bank Berhad (1983-1985) selian Eksekutif Kanan di Jabatan Sumber Manusia di syarikat yang sama pada tahu 1987-1990. Pada tahun 1991-1993, beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pengurus. Credit Departmn=ent di Public Bank Berhad sebelum menjawat jawatan Pengurus di BSN Commercial Bank Berhad (1994-1999). 

Beliau juga pernah bertugas sebagai di Affinbank Berhad (2000-2003), Wayteam Group Of Companies sebagai Group general Manager (2004-2005) serta IFS Capital (PTE) Limited Co, Singapura sebagai Pengurus Besar (2012).

Tuan Haji Shamsul juga adalah bekas Pengurus Besar di beberapa syarikat korporat iaitu di SSS Builders Sdn Bhd (2007-2011) dan BBS Engineering Sdn Bhd (2011-2013).

Kini, beliau adalah merupakan Pengarah Urusan di I Qistina Consultancy dan Muhibbin Holiday Sdn Bhd. Beliau berpengalaman luas di dalam bidang Perunding Kewangan dan telah memberikan perkhidmatan beliau kepda pelbagai syarikat korporat. Selain dari itu, beliau juga turut berpengalaman sebagai Provide Project Management Consultancy (PMC) dan Trainer kepada Bank Rakyat, Bank Islam (M) Berhad, Taylor’s University Lakeside Campus, Subang. 

Tuan Haji Emir Sheerifuddin dilahirkan di Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau berkelulusan Diploma in Accountancy dari ITM, Shah Alam. Pada tahun 1985 beliau telah melanjutkan pelajaran di dalam bidang Bachelor of Science (Finance) di Amerika Syarikat. Manakala pada tahun 1987, beliau telah berjaya memperolehi Master of Business Administration dari universiti di Amerika Syarikat.

Beliau berpengalaman sebagai Pensyarah di Institut Teknologi MARA (1990), Pengurus, Unit Akaun di Bank Islam (M) Berhad (1991). Pada tahun 1991 hingga 2010, beliau telah memegang beberapa jawatan penting di Petronas Dagangan Berhad, Petronas, Malaysian International Trading Corporation (Japan) Sdn Bhd, Petronas Carigali Sdn Bhd dan Petronas Leadership Centre.

Di Petronas, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting di antaranya Industry Analyst Corporat, Business Development Manager, Head of Business Startegy & Performance serta Training Sepcialist.

Kini, beliau bergerak sebagai seorang Free Lancer di dalam bidang Consulting & Advisory Services & Training. Beliau juga bergerak aktif di dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Muslim Care Malaysia.

Berminat utk dapatkan info lanjut?

Jika anda berminat utk mendapatkan khidmat AAG ataupun ingin menjalinkan usahasama, sila klik butang DAPATKAN INFO sekarang. Tim kami akan menghubungi anda semula pada kadar segera

Scroll to Top