PENULISAN & PENERBITAN

Akademi Al-Ghazali turut menawarkan khidmat penulisan artikel berkaitan Islam dengan pengkhususan kepada topik Harta Pusaka, Faraid, Wasiat, Hibah, Takaful dan Amal Jariah. Selain dari tajuk berkaitan pusaka, Ustaz Ghazali Ibrahim juga turut menulis beberapa buku berkisar tentang ibadah Zakat dan Ibadah Haji serta Umrah. Berikut adalah beberapa buah buku ilmiah tulisan Ustaz Ghazali Ibrahim yang telah berada di pasaran.

kembara-hati-480x480

Sebahagian umat Islam di Malaysia beranggapan bahawa ibadah haji itu hanya perlu dilaksanakan jika sudah sampai seru, sesudah pencen, tunggu usia tua dan pelbagai lagi tanggapan sera pemahaman. Hingga terdapat segelintir daripada mereka yang langsung tidak mengambil tahu mengenai ibadah haji. Mereka memberikan persepsi yang pasif dan negatif tentang ibadah haji dan juga Tanah Suci. Bahkan mereka langsung tiada keinginan, inisiatif dan perancangan untuk ke sana. Semoga buku ini dapat meniupkan semangat untuk merancang bila ingin mengerjakan haji atau umrah.

Penerbit : Inteam Publishing

bukupusaka-480x480

Permasalahan pusaka di kalangan umat Islam yang berlaku hari ini, bolehlah diterjemahkan sebagai Fitnah Harta. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah SAW dalam salah satu hadis yang menggambarkan tentang akibat umat Islam mengabaikan Ilmu Faraid. Rasulullah SAW telah menyarankan kepada umatnya agar mempelajari atau mengetahui Ilmu Faraid. Kerana Ilmu Faraid merupakan kunci untuk kita mengurus pusaka dan juga kunci untuk kita merancang pusaka. Dengan hadirnya buku ini dapat membuka minda kita:Agar selepas ini terdetik minat untuk mempelajari atau mendalami Ilmu Faraid.

Penerbit : Inteam Publishing

pembahagian-harta-pusakadepan-500x500-1

Ilmu Faraid merupakan kunci untuk kita mengurus, membahagi dan merancang harta pusaka. Sesungguhnya terlalu ramai umat Islam hari ini mengabaikan Ilmu Faraid. Ramai yang menganggap ianya remeh. Sedangkan Islam adalah agama yang sempurna, kerana Islam telah mengajar kita cara untuk mempusakakan harta kepada waris-waris selepas kita meninggal dunia iaitu melalui ilmu pewarisan (Ilmu Faraid)

Penerbit : Must Read

bahagibiaradil

Pada masa kini terlalu ramai Umat Islam di malaysia yang mengalami masalah berkaitan dengan Harta Pusaka. Mengikut sumber, terdapat hampir 38 Billion nilaian Harta Pusaka Umat Islam yang masih dibekukan dan tidak dapat di agihkan kepada waris-waris yang berhak menerimanya. Kenapa ini terjadi? Jawapannya adalah kerana ramai umat Islam yang Jahil mengenai Ilmu faraid. Diselitkan juga kisah benar yang berlaku akibat tidak merancang dan mengurus harta pusaka buat iktibar dan pengajaran serta contoh-contoh Pembahagian Harta Pusaka. Juga Fatwa yang dikeluarkan berkaitan dengannya.

Penerbit : Must Read

nota-wasiat

Membuat Surat wasiat adalah suatu keperluan masa kini. Kenapa dan Bagaimana? Buku ini akan menerangkan apakah definisi wasiat dan surat wasiat juga menerangkan fungsi wasiat dan kaedah menulis wasiat. Selain itu, buku ini juga menyertakan draf Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka, draf Surat Pengisytiharan Hibah dan draf Pengisytiharan Harta Sepencarian bagi rujukan anda. InsyaAllah dengan sedikit pelaburan membeli buku ini bakal menyelamatkan waris-waris anda dan juga memastikan harta beratus ribu ringgit yang bakal anda tinggalkan akan diterima oleh waris anda.

Penerbit : Must Read

hebatnya-zakat-480x480

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib ditunaikan. Namun sejauhmanakah kesedaran dan pelaksanaan ibadah zakat dipraktikkan oleh masyarakat Islam di Malaysia?Meskipun jumlah pungutan zakat kian meningkat saban tahun, namun masih terdapat golongan fakir miskin di negara kita. Jurang perbezaan taraf hidup antara kaya dan miskin masih terlalu ketara dalam masyarakat.Justeru buku ini dikarang bagi mengupas persoalan zakat dan merungkai hikmah serta kaifiyah pelaksanaannya. Semoga ia menjadi wasilah ke arah menyuburkan rasa peduli umat Islam untuk memikul tanggungjawab sosial disamping menunaikan kewajipan sebagai muslim sejati.

Penerbit : Inteam Publishing

Berminat utk dapatkan info lanjut?

Jika anda berminat utk mendapatkan khidmat AAG ataupun ingin menjalinkan usahasama, sila klik butang DAPATKAN INFO sekarang. Tim kami akan menghubungi anda semula pada kadar segera

Scroll to Top