PROFIL SYARIKAT

USTAZ MD GHAZALI IBRAHIM

PENGARAH URUSAN
Akademi Al-Ghazali SDN BHD

Ustaz Md Ghazali Ibrahim adalah anak kelahiran Klang, Selangor Darul Ehsan. Beliau merupakan pelajar lulusan Ijazah Syariah (BA) di University For Islamic Studies, Baghdad, Iraq. Beliau juga adalah bekas pelajar Pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab di Maahad Syubro & Maahad Buuth, Kaherah, Mesir selain bekas pelajar tahfiz Al-Quran di Jamiah Islamiah Cliffon, Karachi, Pakistan.

Beliau berpengalaman sebagai Perunding Pusaka di Tetuan Jamilah Radzi & Co (2005-2006), Eksekutif Dakwah di Pusat Zakat Selangor (MAIS) (2002-2004), Fasilitator dan Motivator di Fitrah Perkasa Sdn Bhd (2001) juga sebagai Perunding Hukum Syarak di Pusat Zakat Selangor (MAIS) (1999-2000).

Beliau berpengalaman lebih 7 tahun di dalam bidang Faraid & Pusaka. Beliau telah berjaya melatih lebih 600 orang Perunding Pusaka dari serata tanahair. Selain itu, Ustaz Md Ghazali juga telah menyiapkan lebih 1,500 Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka selain menyampaikan ilmu berkaitan Farid & Pusaka menerusi medium ceramah, seminar, kursus dan bengkel. 

Beliau juga sudah tidak asing di kalangan penonton siri-siri ceramah, kuliah dan motivasi keagamaan di media massa. Beliau sering dijemput sebagai penceramah di program tv seperti siri Raudhah (TV9), Al-Kuliyyah (TV Al-Hijrah), Dikir Zikir (TV Al-Hijrah), Alhamdulillah (Astro Oasis)  dan pelbagai lagi siri keagamaan lain.

LATAR BELAKANG

Bermula dengan cetusan idea dari seorang tokoh yang penuh wawasan dan ingin menjadikan ilmu Pengurusan Pusaka dan Faraidh diperluaskan ke tengah masyarakat Islam, cadangan dan sokongan dari Dr Haji Abu Hassan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Prestariang Berhad ini kemudiannya disambut baik oleh Ustaz Haji Md Ghazali Ibrahim.

Akademi Al-Ghazali SDN BHD (AAG) telah ditubuhkan pada 20 April 2013. Berbekal pengalaman lebih 15 tahun,  Ustaz Haji Md Ghazali Ibrahim telah memanfaatkan segala pengalaman serta ilmu yang dimilikinya dalam bidang Pengurusan Pusaka, Faraidh, Zakat, Haji & Umrah serta Motivasi untuk menyebarluaskan bidang ini ke tahap lebih tinggi.

Akademi Al-Ghazali merupakan sebuah platform untuk beliau membangunkan pelbagai produk & perkhidmatan konsultasi, pembelajaran serta latihan kepada institusi, badan kerajaan, agensi swasta mahupun perkumpulan juga masyarakat umum.

VISI

Menyampai dan mendidik masyarakat untuk mendalami ilmu agama dengan pendekatan yang mudah difahami serta praktikal agar mampu direalisasikan dalam kehidupan seharian demi kejayaan dunia juga akhirat. Seterusnya membantu membangunkan institusi perniagaan atau individu yang berhasrat untuk menghasilkan perkhidmatan dan produk berteraskan Islam.

MOTTO

Berilmu – Beramal – Berjaya

MISI

Menyampai dan mendidik masyarakat untuk mendalami ilmu agama dengan pendekatan yang mudah difahami serta praktikal agar mampu direalisasikan dalam kehidupan seharian demi kejayaan dunia juga akhirat. Seterusnya membantu membangunkan institusi perniagaan atau individu yang berhasrat untuk menghasilkan perkhidmatan dan produk berteraskan Islam.

  1. Memanfaatkan pelbagai saluran seperti media cetak, radio, TV serta IT bagi tujuan dakwah dan menyampaikan maklumat bermanfaat kepada masyarakat.
  2. Menyedia serta mengandalikan program-program seperti bengkel, Talk Show, Ceramah atau program anjuran pelbagai pihak.
  3. Bekerjasama dengan institusi, organisasi serta pengendali perniagaan di dalam membangunkan produk-produk Islamik dari aspek syariah, penjenamaan dan pemasaran.
  4. Menjadi penasihat dan penggerak bagi penubuhan syarikat yang berkaitan dengan bidang haji & Umrah, Pengurusan Harta Pusaka dan lain-lain bidang bermula dari peringkat penubuhan syarikat, pembinaan jenama sehingga ke tahap struktur dan operasi.

INFO KORPORAT

NAMA SYARIKAT
Akademi Al-Ghazali Sdn Bhd

ALAMAT

No. 287-C
Jalan Bandar 11
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur

NOMBOR TELEFON

019-388 0641

EMAIL

info@akademialghazali.com

TARIKH PENDAFTARAN
20 April 2013

NOMBOR PENDAFTARAN
998734-T

JENIS PERNIAGAAN
Sendirian Berhad

MODAL BERBAYAR

RM100,000.00

MUAT TURUN PROFIL SYARIKAT KAMI DI SINI
(di dalam format PDF)

cover profile aag

Berminat utk dapatkan info lanjut?

Jika anda berminat utk mendapatkan khidmat AAG ataupun ingin menjalinkan usahasama, sila klik butang DAPATKAN INFO sekarang. Tim kami akan menghubungi anda semula pada kadar segera

Scroll to Top